Isnin, 1 Disember 2008

ERTI CINTA...

Wahai teman... Usah bercinta andai gagal menilai erti cinta.
Dalam bercinta, bukan hanya kemanisan cinta yang dirasa
tapi pengorbanan, kekecewaan dan penderitaan merupakan asam garam dalam meniti arus kedewasaan...
Wahai teman... Dikau harus tahu dalam mewarnai dunia cinta mu
kerna kemungkinan ini mungkin terjadi pada dirimu...
Wahai teman... Tanpa cinta, hidup menjadi kelam dan kurang keserian,
Diri kita kan menjadi kekosongan tanpa arah dan tujuan...
Wahai teman... Seandainya kegagalan itu menjadi milik kamu,
usah akhirinya dengan airmata,
anggaplah ia sebagai satu pengajaran dalam menuju kedewasaan dan kewarasan.....
Cinta dan Syg tu amat mahal takrifnya..
itulah yg difitrahkan oleh Allah S.W.T kpd hambaNya.
.cinta hanya tertulis pd perkataan..
tapi gagal dilihat pd zahirnya..
krn cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya..
kesetiaan & kejujuran didalamnya..
Ingat pd yg satu..
Jujur pd yg kasih..
Kasih pd yg rindu..
Rindulah pd yg menyayangimu..
Cinta takkan datang kalau tak dicari..
Cinta jua takkan dapat kalau tiada siapa yg memberi..
tetapi mencari biarlah pada yg sudi....
bukan meminta pada yang simpati.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan